Tuesday 14 June 2011

Pelancongan di Kota Marudu

SERINSIM, KOTA MARUDU


Serinsim adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu. Sub Stesen Serinsim pula terletak di kampung ini. Sub Stesen ini terletak di paras ketinggian 192meter di atas paras laut. Taman kinabalu. Sub Stesen Serinsim 38km daripada Kota Marudu terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Serinsim dan sungai Kinarom. Vegetasi hutan terdiri daripada hutan sekunder tanah rendah kerana bekas terbakar akibat kemarau yang melanda negeri Sabah pada tahun 1997. Sebahagian kawasan Sub Stesen Serinsim pernah dibuka untuk tujuan pertanian oleh penduduk kampung Serinsim sebelum diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah pada tahun 1992.

Taman-Taman Sabah telah menyediakan asrama dan tapak perkhemahan untuk kemudahan pelancong yang ingin menikmati keunikan semulajadi dan mengetahui sejarah Serinsim. Kebun Rusa serinsim telah diwujudkan sebagai satu strategi konservasi dengan pendekatan ex-situ, merupakan tambahan kepada tarikan semulajadi Sub stesen serinsim selain tarikan utamanya seperti Gunung Nombuyukong setinggi 1,475meter, Gua Kelawar, Air Terjun Misumpak, Makam Si-Gunting dan dua batang sungai (Sg.Serinsim dan Sg.Kinarom) yang sangat menarik kerana sesuai untuk beriadah dan bermandi manda.
Kemudahan lain yang baru diwujudkan untuk menampung keperluan  pelancong yang semakin bertambah adalah beberapa buah Chalet dan Restauran. Dengan adanya kemudahan seperti ini akan memudahkan pelancong untuk bermalam bagi menikmati keunikan semulajadi di Sub Stesen Serinsim. Selamat meninjau gambar-gambar suasana di Sub Stesen Serinsim.

Gambar sekitar kawasan Sub Stesen Serinsim


AIR TERJUN DI KOTA MARUDU

Terdapat banyak air terjun di daerah Kota Marudu. Disebabkan keadaan jarak yang jauh, jalan yang sukar dilalui, terdapat berpenunggu dan sebagainya menyebabkan tidak ramai mampu ke semua air terjun tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa air terjun yang sering dikunjungi pengungjung dan selamat bagi penduduk di daerah Kota Marudu. 

1. Air Terjun Kinamawali
Terletak berhampiran Kg. Salimandut, Kg. Nolotan dan Kg. Batition, Kota Marudu, Sabah, Malaysia. Perjalanannya agak memenatkan, meredah hutan belantara, meranduk sungai, berjalan di atas bongkah batuan yang besar dan licin. Mengikut kepercayaan orang-orang kampung tempatan, kawasan air terjun ini adalah kawasan yang keras. Oleh itu, jaga kelakuan anda semasa berada disana.




2. Air Terjun Kampung Hatob
Terletak berhampiran Kg. Lotong, Kota Marudu Sabah. Tempat ini sering dikunjungi warga tempatan. Disamping dapat melihat air terjun, pengunjung juga dapat menikmati kehijauan hutan rimba disini. Apa yang menariknya lokasi air terjun ini ada kemudahan jalan raya yang baik. bagi anda yang mempunyai kenderaan boleh terus ke tempat ini. Selain itu, rumah tumpangan, tandas juga disediakan.



3. Air Terjun Sorinsim
Inilah air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.

Air Terjun Sorinsim terletak kira-kira 40km dari pekan Kota Marudu. Dan terlekat kira-kira 131km dari Kota Kinabalu. Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan bercamping.



Selain daripada air terjun ini, terdapat juga beberapa lagi air terjun yang terkenal di daerah Kota Marudu iaitu :
  • Air Terjun Kg. Morion
  • Air Terjun Kg. Longob
  • Air Terjun Kg. Talas
  • Air Terjun Kg. Samparita
  • Air Terjun Kg. Kulimpasaan

TASIK BUYUT

Tasik Buyut terletak dalam daerah Kota Marudu di utara negeri Sabah dan kini merupakan sebuah Pusat Penternakan Ikan Air Tawar dan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Sabah, cawangan Kota Marudu. Kewujudannya seakan dilupakan dan hanya berdiri sebagai sebuah tasik untuk tujuan penyelidikan dan penternakan semata-mata.

Kewujudan Tasik Buyut dikaitkan dengan sikap segelintir manusia yang alpa dengan keseronokan dan kemewahan dunia lantas melaksanakan sesuatu perkara secara melampaui batas sehingga menyimpang dari landasan yang sepatutnya dilalui. Akhirnya ketelanjuran tersebut mengundang kutukan dari maha pencipta dengan menurunkan bala untuk menghapuskan manusia yang melampaui batas itu sambil memberi pengajaran kepada yang lain.