Thursday 16 June 2011

Maklumat Pusat InfoSTI@MOSTI Kota Marudu

LATAR BELAKANG PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU
Pusat InfoSTI@MOSTI Kota Marudu didirikan menggunakan Lot kedai dua tingkat. Sejak bermulanya program ini pada 22 Februari 2009, seramai 45 orang sukarelawan telah menjalani program Training-of-Trainer (ToT) mengenai ilmu berkaitan Sains, Teknologi dan Inovasi. Sukarelawan ini akan memberi latihan kepada orang ramai yang telah mendaftar di pusat-pusat InfoSTI@MOSTI tersebut. Ilmu yang diajar melalui kaedah ToT ini, telah dilaksanakan oleh agensi-agensi Kluster ICT MOSTI, dengan kerjasama badan-badan NGO dan korporat (Microsoft).
Setakat ini, jumlah keseluruhan peserta yang telah berjaya mengikuti kelas-kelas asas   seperti Asas Komputer, Asas Internet, AgriBazaar, Asas Pembangunan Laman Web dan Asas Keselamatan Siber adalah seramai 3,328 orang.
Pemantauan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa InfoSTI@MOSTI yang terdiri dari agensi MOSTI kluster ICT, ATSB dan CDC telah dilaksanakan melalui lawatan audit ke Sabah bagi memastikan pengendalian pusat-pusat adalah teratur dan menepati matlamat program. MOSTI (termasuk agensi MOSTI) telah mengadakan lawatan audit ke Sabah (pada 5 dan 6 ogos 2010) bagi memantau  kemajuan pelaksanaan Program InfoSTI@MOSTI.

MAKLUMAT PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU

Jadual 1 : Maklumat pusat

Rajah 1: Lokasi Pusat



MAKLUMAT KELAS KOMUNITI PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU

  • Kelas diadakan pada hari Ahad dan Isnin sahaja. Pada hari berkenaan, terdapat 2 slot pembelajaran iaitu pada pukul 8.00 pagi - 12.00 tengahari dan pada pukul 2.00 petang - 5.00 petang. Jadual dibawah merupakan slot mengikut umur bagi kelas-kelas yang dijalankan.
  • Modul yang diajar merangkumi asas komputer, penggunaan internet, dan Microsoft Office 2007. Bagi kelas kanak-kanak dibawah umur 13 tahun, peserta diajar mengenai cara memegang tetikus dengan cara melukis. Bagi kelas 30-65 tahun pula, terdapat penambahan modul iaitu Agribazaar, dimana peserta diajar mengenai perniagaan dan pertanian.
Jadual 2 : Maklumat kelas komuniti



MAKLUMAT PERALATAN DAN PERKAKASAN DI PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU

Jadual 3: Maklumat Peralatan dan perkakasan di Pusat


MAKLUMAT OPERATOR PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU
  • Operator bagi Pusat InfoSTI@MOSTI di Kota Marudu adalah En. Henry dan Pn. Evestetika.


GAMBAR PUSAT INFOSTI@MOSTI KOTA MARUDU

Rajah 2 : Gambar pusat dan kelas


Wednesday 15 June 2011

Sumber Ekonomi Sabah

Sabah merupakan negeri kedua paling besar di Malaysia dengan keluasan tanah 73,610 km persegi. Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Lebih kurang 60 peratus daripada tanahnya diliputi dengan hutan rimba manakala kawasan tanah pertanian merangkumi 30 peratus. Sumber perhutanan dan pertanian adalah penyumbang utama kepada sumber pendapatan negeri Sabah. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini.
Ekonomi negeri Sabah bergantung kepada ekspot komoditi utamanya seperti minyak kelapa sawit, koko, getah, petroluem, kayu balak dan papan lapis. Sektor pengekspotan membentuk 70 peratus daripada jumlah pengeluaran. Pada masa kini, negeri Sabah merupakan pengeluar utama minyak kelapa sawit dan koko diseluruh Malaysia. Selain daripada sektor kayu-kayan dan pertanian, sektor perkilangan dan pelancongan juga    berkembang pesat dan bertambah penting sebagai sumber ekonomi negeri Sabah.
Hampir 1/7 daripada kawasan Sabah adalah sesuai untuk pertanian. Dari segi penggunaan tanah, 12.9% telah digunakan7untuk pertanian; 42.9% adalah pemeliharaan hutan; 1.2% untuk perikanan; 2.6% hidupan liar; 3.6% taman-taman negara dan 36.8% untuk lain-lain.


PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan tulang belakang utama kepada ekonomi negeri Sabah. 70 peratus daripda penduduk negeri Sabah menetap di luar bandar dimana mereka terlibat secara lansung dan tidak lansung dengan sektor pertanian. Daripada 2.1 juta hektar tanah yang dikenal pasti sesuai untuk pertanian, hanya 1.25 hektar sahaja yang telah dimajukan untuk tujuan tersebut. Sektor pertanian menyumbangkan 30 peratus daripada Jumlah Pengeluaran Dalaman Negeri dan menyediakan 33 peratus peluang pekerjaan dan 35 peratus jumlah pendapatan ekspot negeri. Tanaman utama pertanian adalah kelapa sawit, koko dan getah. Sabah merupakan pengeluar utama bagi minyak kelapa sawit dan koko di Malaysia. Kelapa Sawit adalah penyumbang terbesar kepada hasil pendapatan ekspot negeri.

PEMBALAKKAN

Lebih daripada tiga dekad, industri pembalakan telah menjadi tulang belakang ekonomi negeri. Sumbangannya terhadap pendapatan negeri telah meningkat kepada 40% pada jumlah keseluruhan pendapatan 1997. Sektor pembalakan juga mempunyai peranan yang berkaitan dengan sektor ekspot negeri.

Industri pembalakan negeri dikuasai kerja-kerja pemprosesan balak. Keluaran kayu utama yang dihasilkan adalah kayu potong, papan lapis, veneer, wooden mouldings, laminated boards, particle boards dan block boards. Terdapat 425 kilang kayu yang telah direkodkan pada tahun 1996. Kerajaan pada masa kini juga giat mempromosikan keluaran bermutu tinggi daripada kayu-kayan, iaitu selari dengan objektif State’s Industrial Masterplan. Menyedari akan sumber hutan yang semakin pupus, kerajaan telah membuat beberapa rancangan untuk memulihkan semula hutan dan memastikan bahawa ianya dapat memberikan bekalan yang cukup kepada industri pembalakan negeri di masa akan datang.


PERIKANAN

Lebih daripada tiga suku sempadannya diliputi oleh lautan telah menjadikan Sabah sebagai negeri yang kaya dengan sumber hidupan laut. Sabah dianggarkan mempunyai 251,500 tan metrik sumber ikan. Pada tahun 1997 sumbangan sektor perikanan kepada Keluaran Kasar Negeri pada tahap yang paling minima ialah 2%. Dalam aspek pekerjaan, sektor perikanan telah mewujudkan 22,000 jenis pekerjaan kepada negeri.
Aktiviti utama dalam sektor perikanan ialah penangkapan udang menggunakan pukat tunda. Penangkapan ikan di laut dalam masih kurang berkembang dan dengan demikian terdapat potensi yang tinggi untuk menerokai aktiviti ini. Sektor perlautan negeri berkembang dengan cepat terutamanya di kawasan pantai timur di mana penternakan udang adalah aktiviti utama. Penternakan ikan air tawar, ikan laut, tiram, mutiara dan tumbuhan laut juga semakin menjadi popular.
Dari segi pengeksportan, pembekuan udang segar adalah keluaran utama sektor perikanan negeri, menyumbangkan kira-kira RM150 juta daripada pendapatan tahunan eksport negeri.
  • Mutiara kultur (link)

PERKILANGAN

Sumbangan sektor perkilangan kepada hasil keluaran negeri telah meningkat dengan banyak iaitu daripada 9% keluaran kasar negeri pada tahun 1990 kepada 15% pada tahun 1997. Walau bagaimanapun sektor perkilangan negeri masih di tahap awal, di mana proses perkilangan dikuasai oleh pemprosesan sumber semulajadi. Bilangan besar bagi keluaran pengilangan adalah termasuk balak yang dipotong, veneer, papan lapis, wooden mauldings, uncoated printings and writing paper, processed palm oil, methanol and Hot Briquetted Iron. Keluaran lain, seperti perabot dan barangan elektrik juga dihasilkan tetapi dalam kuantiti yang kecil. Sektor perkilangan negeri merangkumi industri besar, kecil dan sederhana.
Untuk menyebarkan proses industri negeri, kerajaan telah mengeluarkan satu rancangan perindustrian iaitu yang dikenali sebagai Sabah’s Industrial Masterplan. Pihak kerajaan juga telah membangunkan pelbagai kawasan industri seperti Kota Kinabalu Industrial Parks (KKIP), Timber Integrated Complexes and Parks, Palm Oil Industrial Cluster dan Rubber Industrial Cluster untuk menggalakkan sektor perkilangan negeri. Insentif bagi pelaburan khas juga diberi bagi sektor perkilangan yang dapat menarik pelabur berpotensi.

Tuesday 14 June 2011

Pelancongan di Kota Marudu

SERINSIM, KOTA MARUDU


Serinsim adalah sebuah kampung yang terletak di daerah Kota Marudu. Sub Stesen Serinsim pula terletak di kampung ini. Sub Stesen ini terletak di paras ketinggian 192meter di atas paras laut. Taman kinabalu. Sub Stesen Serinsim 38km daripada Kota Marudu terletak di antara dua sungai iaitu Sungai Serinsim dan sungai Kinarom. Vegetasi hutan terdiri daripada hutan sekunder tanah rendah kerana bekas terbakar akibat kemarau yang melanda negeri Sabah pada tahun 1997. Sebahagian kawasan Sub Stesen Serinsim pernah dibuka untuk tujuan pertanian oleh penduduk kampung Serinsim sebelum diwartakan sebagai kawasan Taman-Taman Sabah pada tahun 1992.

Taman-Taman Sabah telah menyediakan asrama dan tapak perkhemahan untuk kemudahan pelancong yang ingin menikmati keunikan semulajadi dan mengetahui sejarah Serinsim. Kebun Rusa serinsim telah diwujudkan sebagai satu strategi konservasi dengan pendekatan ex-situ, merupakan tambahan kepada tarikan semulajadi Sub stesen serinsim selain tarikan utamanya seperti Gunung Nombuyukong setinggi 1,475meter, Gua Kelawar, Air Terjun Misumpak, Makam Si-Gunting dan dua batang sungai (Sg.Serinsim dan Sg.Kinarom) yang sangat menarik kerana sesuai untuk beriadah dan bermandi manda.
Kemudahan lain yang baru diwujudkan untuk menampung keperluan  pelancong yang semakin bertambah adalah beberapa buah Chalet dan Restauran. Dengan adanya kemudahan seperti ini akan memudahkan pelancong untuk bermalam bagi menikmati keunikan semulajadi di Sub Stesen Serinsim. Selamat meninjau gambar-gambar suasana di Sub Stesen Serinsim.

Gambar sekitar kawasan Sub Stesen Serinsim


AIR TERJUN DI KOTA MARUDU

Terdapat banyak air terjun di daerah Kota Marudu. Disebabkan keadaan jarak yang jauh, jalan yang sukar dilalui, terdapat berpenunggu dan sebagainya menyebabkan tidak ramai mampu ke semua air terjun tersebut. Namun begitu, terdapat beberapa air terjun yang sering dikunjungi pengungjung dan selamat bagi penduduk di daerah Kota Marudu. 

1. Air Terjun Kinamawali
Terletak berhampiran Kg. Salimandut, Kg. Nolotan dan Kg. Batition, Kota Marudu, Sabah, Malaysia. Perjalanannya agak memenatkan, meredah hutan belantara, meranduk sungai, berjalan di atas bongkah batuan yang besar dan licin. Mengikut kepercayaan orang-orang kampung tempatan, kawasan air terjun ini adalah kawasan yang keras. Oleh itu, jaga kelakuan anda semasa berada disana.




2. Air Terjun Kampung Hatob
Terletak berhampiran Kg. Lotong, Kota Marudu Sabah. Tempat ini sering dikunjungi warga tempatan. Disamping dapat melihat air terjun, pengunjung juga dapat menikmati kehijauan hutan rimba disini. Apa yang menariknya lokasi air terjun ini ada kemudahan jalan raya yang baik. bagi anda yang mempunyai kenderaan boleh terus ke tempat ini. Selain itu, rumah tumpangan, tandas juga disediakan.



3. Air Terjun Sorinsim
Inilah air terjun yang paling terkenal di Kota Marudu. Promosi yang giat dijalankan oleh banyak pihak turut menyumbang kepada populariti air terjun ini di Sabah serta di seluruh dunia. Mungkin Air terjun ini terletak dalam area Stesen Kinabalu Park yang sesuai dijadikan tempat pelancongan.

Air Terjun Sorinsim terletak kira-kira 40km dari pekan Kota Marudu. Dan terlekat kira-kira 131km dari Kota Kinabalu. Airnya yang jernih dan persekitarannya yang tenang amat sesuai untuk aktiviti berkelah dan bercamping.



Selain daripada air terjun ini, terdapat juga beberapa lagi air terjun yang terkenal di daerah Kota Marudu iaitu :
  • Air Terjun Kg. Morion
  • Air Terjun Kg. Longob
  • Air Terjun Kg. Talas
  • Air Terjun Kg. Samparita
  • Air Terjun Kg. Kulimpasaan

TASIK BUYUT

Tasik Buyut terletak dalam daerah Kota Marudu di utara negeri Sabah dan kini merupakan sebuah Pusat Penternakan Ikan Air Tawar dan di bawah seliaan Jabatan Perikanan Sabah, cawangan Kota Marudu. Kewujudannya seakan dilupakan dan hanya berdiri sebagai sebuah tasik untuk tujuan penyelidikan dan penternakan semata-mata.

Kewujudan Tasik Buyut dikaitkan dengan sikap segelintir manusia yang alpa dengan keseronokan dan kemewahan dunia lantas melaksanakan sesuatu perkara secara melampaui batas sehingga menyimpang dari landasan yang sepatutnya dilalui. Akhirnya ketelanjuran tersebut mengundang kutukan dari maha pencipta dengan menurunkan bala untuk menghapuskan manusia yang melampaui batas itu sambil memberi pengajaran kepada yang lain.

Monday 13 June 2011

Tempat Penginapan di Kota Marudu

1. Hotel Marudu Inn
Maklumat Bilik
Ø Kadar: RM75.00 - RM130.00
Ø Jumlah Bilik: 24 bilik

Kemudahan
· Kedai Kopi
· Restoran persidangan
· Kenudahan Konvensyen
· Dobi
Alamat Lengkap


2. Hotel Palm Villa (Kota Marudu)


Maklumat Bilik
Ø Kadar: RM59.00 - RM128.00
· Suite – RM78.00
· Single – RM63.00
· Twin – RM65.00
· Family – Rm118.00
Alamat Lengkap



3. Hotel Season Inn (Kota Marudu)
Maklumat Bilik
Ø Kadar: RM48.00 – RM83.00

Alamat Lengkap

 


4. Hotel California

Maklumat Bilik
Ø Kadar: RM48.00 – RM78.00

Alamat Lengkap




5. Hotel Holiday Garden

Maklumat Bilik
Ø Kadar: RM40.00 – RM60.00

Alamat Lengkap

Tuesday 7 June 2011

ADUN kawasan Kota Marudu


Wakil Rakyat bagi Kawasan Parlimen P168 Kota Marudu adalah Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili. Kawasan parlimen ini meliputi dua (2) kawasan ADUN iaitu :-
a) N.4 MATUNGGONG, dan
b) N.5 TANDEK


Maklumat Ahli Parlimen & ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri)

A) AHLI PARLIMEN (P 168) : KOTA MARUDU

Nama
Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

Alamat
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 1-7, Blok C4 & C5, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62662 Putrajaya, Wilayah Persekutuan.
Tel: 03-88858000, Fax: 03-88889070

 B) ADUN N.4 MATUNGGONG

Nama
Y.B. Sarapin Magana

Alamat
Wisma Innoprise, Tingkat 15
88817 KOTA KINABALU


 C) ADUN N.5 TANDEK

Nama 
Y.B. Anita Baranting

Alamat
Pejabat ADUN N.5 Tandek
89100 KOTA MARUDU



Pautan Lain

  • SENARAI ADUN Negeri SABAH -->( link )